Saturday 3 January 2009

BN ada kelebihan

Diari arena politik negarabagi tahun 2009 akan bermula dengan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala
Terengganu. Penamaan calon akan diadakan pada Selasa ini manakala pengundian puladitetapkan pada 17 Januari.
Sudah pastilah pilihan raya kecil itu menjadi ujian kedua kepada Barisan Nasional (BN) selepas tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lalu.
Walaupun bertanding di kerusi Parlimen yang disandang oleh BN, TimbalanPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pilihan raya berkenaan akan menjanjikan pertarungan sengit terutamanya cabaran daripada Pas.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, AZIZ ISHAK, ZIN MAHMUD, ZULKIFLEE BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD, Timbalan Perdana Menteri yang akan mengetuai jentera kempen BN menegaskan, parti itu akan berusaha menyakinkan pengundi-pengundi untuk terus memilih BN.
Bagi Najib, apa yang akan menjadi keutamaan BN dalam kempennya ialah pendekatan mesra. ‘‘Dalam apa pun yang kita lakukan, ia akan dilaksanakan melalui konsep mesra rakyat termasuk pembangunan,’’ katanya.
Selain itu Najib juga menegaskan, pertarungan di Kuala Terengganu bukanlah soal menguji kepimpinan sesiapa sebaliknya ia demi memastikan usaha bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat dapat dilaksanakan.‘‘Kalau inilah yang diambil kira sudah pasti BN yang perlu dipilih,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment